Feeds:
Posts
Comments
DSC_0335

Temburong, Isnin 14 Zulkaedah 1430 bersamaan 02 November 2009, Majlis Penyerahan Kunci Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong. Majlis yang diadakan bertempat di Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong adalah bagi penyerahan kunci Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung yang disampaikan oleh Yang Mulia Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong kepada Yang Mulia Awang Ujan anak Muit, Ketua Kampung Amo. Hadir di Majlis tersebut Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Ahad, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Penolong Pegawai Daerah dan Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung berserta Pegawai dan Kakitangan Jabatan daerah Temburong. Bermula pada 01 November 2009 Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung akan diurus dan ditadbir oleh Majlis Perundingan Kampung Amo. Adalah diharapkan perkara ini akan menjadi contoh yang terbaik bagi Majlis Perundingan Kampung selain daripada memberikan peluang kepada Majlis Perundingan Kampung Amo untuk menjana ekonomi penduduk kampung mereka. Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Produk tersebut telah berlangsung pada 04 Oktober 2009 oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Yussof, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pusat Produk Mukim dan Kampung Daerah Temburong telah dirasmikan pada 01 Oktober 2009 oleh Yang Berhormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pusat Produk Mukim dan Kampung ini menempatkan hasil produk dari seluruh mukim dan kampung di Daerah Temburong. Pusat Produk Mukim dan Kampung ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong yang melawat ke Daerah Temburong.

Pusat Produk Mukim dan Kampung Daerah Temburong telah dirasmikan pada 01 Oktober 2009 oleh Yang Berhormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pusat Produk Mukim dan Kampung ini menempatkan hasil produk dari seluruh mukim dan kampung di Daerah Temburong. Pusat Produk Mukim dan Kampung ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancong yang melawat ke Daerah Temburong.

DSC_0902

 

Pada 29 September 2009, Yang Mulia Matusin bin Orang Kaya Sura Haji Tuba, Pegawai Daerah Temburong telahpun membuat lawatan ke Pusat Produk Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong yangmana pusat ini telah menempatkan hasil-hasli produk perekonomian Majlis Perundingan Mukim dan Kampung daerah ini.

Jabatan Daerah Temburong telah sekali lagi berusaha dalam membantu Majlis Perundingan Mukim dan Kampung daerah ini bagi penempatan pusat yang telah siap sepenuhnya dan InsyaAllah akan digunapakai oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung awal bulan Oktober 2009 dalam mempamerkan hasil-hasil kraftangan atau  produk perekonomian Kampung yang telah ada di daerah ini. Sejumlah 17 Majlis Perundingan Kampung di daerah ini telahpun ada hasil produk perekonomiannya sendiri.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.